Selangor FC melengkapkan kuota pemain importnya musim ini apabila mengumumkan ketibaan pemain tengah bertahan dari Jerman, Manuel Konrad, hari ini.

Pemain dengan ketinggian 187 sentimeter berusia 32 tahun itu memulakan karier seniornya bersama SC Freiburg sebelum menyertai SpVgg Unterhaching, FSV Frankfurt, Dynamo Dresden dan KFC Uerdingen 05 tetapi memilih untuk keluar dari Jerman bagi bersama pasukan Selangor musim ini.

"Apabila kontrak saya bersama KFC Uerdingen 05 berakhir, saya dihubungi oleh Pengarah Teknikal Selangor FC, Michael Feichtenbeiner, dan ketua jurulatih Red Giants, Karsten Neitzel. Mereka telah menerangkan tentang matlamat serta falsafah kelab ini dan ia telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi pemain penting dalam rancangan mereka," Kata Konrad seperti yang dipetik daripada laman web rasmi Selangor FC.

"Saya yakin Selangor FC dapat bermain dengan cara yang menarik dan bersemangat tinggi dengan falsafah yang dirancang. Ia pasti memerlukan sedikit masa untuk menjayakannya tetapi jika kita bekerja keras, kita mampu melakukan apa sahaja," tambahnya.


Willkommen, roter Riese! Pemain tengah pertahanan Jerman, Manuel Konrad hari ini disahkan sebagai pemain import...

Posted by Selangor FC on Monday, 22 February 2021



*Kredit foto: Selangor FC