Selangor FC kunci mulut status pendaftaran Ifedayo Olusegun

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Januari 2021 2510
 Selangor FC kunci mulut status pendaftaran Ifedayo Olusegun
Selangor FC nafi memberikan layanan bak primadona terhadap penyerang import, Ifedayo Olusegun.

Sebaliknya, ada elemen lain yang melewatkan kehadiran penjaring terbanyak Liga Super 2020 itu ke Malaysia tatkala latihan pasukan utama untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 sudah pun memulakan latihan pra-musim sejak 4 Januari.

Hasrat pemenang Kasut Emas Liga Super 2020 -- meledak 12 gol daripada 11 perlawanan -- terbantut berikutan kekangan COVID-19.

"Saya tenang kami, sentiasa berhubungan. 

"Dia perlu menjalani program individu. Saya tidak kisah, saya percaya dia akan tiba tidak lama lagi," kata ketua jurulatih Gergasi Merah, Karsten Neitzel ketika diwawancara wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, di pangkalan latihan pasukan itu.
 

ENDURANCE ⚡ Tell us in the comment section who do you think last the longest in this yo-yo test? 🪀 #KitaAdalahSatu #85Years #CreatingALegacy

Posted by Selangor FC on Thursday, January 7, 2021


 
Khabar angin berhubung kelewatan ketibaan penyerang Nigeria itu juga mula berkumandang apabila diura-ura mungkin didaftarkan sebagai pemain kuota Asia berikutan pernah berkelana ke Bahrain dari 2012 hingga 2014 sebelum beralih ke Liga-M bersama Felda United pada tahun yang sama. 

"Kami tahu dia bukannya pergi bercuti.

"Kami melayani semua pemain sama rata. Cuma ada beberapa dokumen berkaitan dengannya yang membuatkan kedatangannya tertangguh, lagipun dengan syarat COVID-19 yang agak ketat ketika ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.

Begitupun, Selangor belum dapat berkongsi lanjut perkembangan pendaftaran pemain yang telah mencetak 29 jaringan bersama itu.

"Saya tidak dapat mengulas perkara ini. Kami akan lakukan apa yang boleh."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen