Sathianathan puji usaha anak buah 

Oleh Penulis Jemputan 29 September 2017 240
Sathianathan puji usaha anak buah 
Felda United memintas kedudukan Kedah di tangga ketiga Liga Super selepas melakar kemenangan sensasi 3-2 ke atas juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Shah Alam, malam tadi. 

Pertukaran venue pada saat-saat akhir dari Jengka ke Shah Alam ternyata tidak merencatkan aksi The Fighters yang dibimbing B. Sathianathan.

"Malam ini kami bernasib baik mendapat tiga mata. Tetapi, kemenangan itu hadir menerusi titik peluh pemain-pemain yang mempamerkan karakter dan tidak memberi JDT banyak ruang," ujar bekas pengendali kebangsaan itu. 

Pemain tengah Harimau Selatan, Safiq Rahim, menyeru rakan sepasukan agar menjadikan kekalahan ini dsebagai petanda untuk mereka memperbaiki rentak selepas ini. 

"Pastinya kami kecewa kerana tidak mendapat keputusan yang positif. 

"Tetapi, kami perlu meningkatkan usaha untuk membaiki kelemahan pasukan," katanya. 





 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen