'Salary cap' langkah terbaik selesai isu tunggakan gaji?

Oleh Ammar Hakim 31 Julai 2020 355
'Salary cap' langkah terbaik selesai isu tunggakan gaji?
Salary cap atau siling bayaran gaji merupakan praktis biasa dalam sukan profesional di Amerika Syarikat dan mungkin ia antara sebab isu tunggakkan gaji jarang menjadi keluhan atlet dalam sukan seperti NBA, MLS dan juga NFL. 

Jadi persoalannya, adakah ia boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian untuk persatuan bola sepak seperti Kelantan, Kedah dan kelab kelab lain yang dibelenggu isu ini?

"Apabila kami membina pasukan, pihak pentadbiran telah memberitahu bajet mereka mengenai gaji pemain.

"Kalau tidak, akan ada skala untuk pemain-pemain yang bertaraf lima bintang. Mereka telah membuat kira-kira daripada sumber kewangan mereka untuk membayar gaji pemain," kata pengendali Selangor, B. Sathianathan.

Ini jawapan apabila ditanya mengenai harga siling untuk setiap pemain di Malaysia; "Ia tidak boleh digunakan di Malaysia.

"Pemain profesional akan menuntut berdasarkan nilai mereka.

"Saya tidak percaya dengan adanya gaji siling pemain kita boleh berhentikan 'check and balance'.

Sathianathan turut berkongsi kisah silam yang pernah berlaku di Persatuan Bolasepak Malaysia pada dulu kala di mana (Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)) telah menetapkan harga siling buat pemain.

"Dahulu di FAM pernah ada harga siling pemain tetapi ada pasukan yang membuat rundingan di bawah meja.

"Siapa yang rugi disini? Kerajaan yang rugi kerana kalau gaji tidak dinyatakan tiada potongan KWSP dan LHDN. Banyak yang tipu.

"Lebih baik kita berterus terang, kita letak harga pemain dan ada pasukan yang boleh menjadi juara dengan kualiti pemain tersebut," katanya lagi.

Sementara itu pengendali Terengganu FC (TFC), Mohd Nafuzi Zain, menyatakan pendapat berbeza, beliau bersetuju jika Program Kawalan Ekonomi (ECP) diperketatkan bagi melancarkan pengurusan pasukan-pasukan Liga Malaysia pada masa akan datang. 

"Saya bersetuju sebab kelab dan negeri berbelanja mengikut bajet yang ada.

"Jadi kelab dan pasukan negeri tidak berbelanja melebihi bajet yang sedia ada atau yang ditetapkan," kata pengendali Terengganu FC (TFC), Mohd Nafuzi Zain

Bagi jurulatih Kedah, Aidil Sharin Ishak, yang berpandangan perlaksanaan ECP amat dialu-alukan dan percaya pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mempunyai sebab yang kukuh dalam mengimplementasi dasar ini. 

Selain itu, Aidil mahu pengurusan di Malaysia mengambil contoh daripada Singapura dalam menguruskan hal kewangan.

"Perbezaanya  adalah sistem dan bagaimana cara untuk menguruskannya.

"Saya mempunyai pengalaman bersama Home United sebelum ini, saya mengetahui bagaimana mereka bekerja. Mereka tidak berbelanja keseluruhannya walaupun bajet untuk tahun ini mereka tidak menggunakan untuk tahun ini tetapi digunakan untuk tahun hadapan atau dua tahun akan datang.

"Pemasaran di Singapura sangat kuat, mereka sentiasa mencari penaja walaupun jumlah tajaan mereka sudah mencukupi untuk satu musim, mereka tetap mencari untuk dan tidak berhenti sekiranya jumlah tajaan sudah mencukupi.

"Mereka mempunyai pelan tetapi pelan jangka masa yang sangat panjang. Bukan hanya untuk satu musim.

"Malaysia telah melakukannya tetapi kita tidak boleh selesa dengan jumlah tajaan yang diterima," kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen