Spekulasi bertiup kencang mengaitkan pemain tengah Selangor, Safuwan Baharudin, yang dikhabarkan akan menyertai sebuah kelab gergasi Thailand.

Walaupun baru menandatangani kontrak bersama skuad Merah Kuning bagi musim 2020 selepas meninggalkan Pahang, pemain kebangsaan Singapura itu dilaporkan menarik perhatian sebuah kelab gergasi dari negara Gajah Putih itu yang bersedia menebus kontrak Safuwan di Selangor.

Bagaimanapun, urusan perpindahan itu dikatakan terpaksa dibatalkan memandangkan pemain tengah itu berada dalam percaturan ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, bagi menghadapi musim 2020.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.




Editor: Nafis Abdullah