Rufino tidak sabar kembali gegar Liga Super

Oleh Ammar Hakim 18 Ogos 2020 124
Rufino tidak sabar kembali gegar Liga Super
Penyerang Selangor, Rufino Segovia, memberikan amaran untuk kembali menggegar kancah Liga Super selepas mempamerkan aksi mantap ketika The Red Giants menang semua empat aksi persahabatan.

Penggempur kelahiran Sepanyol itu berehat panjang ekoran kecederaan tumit.

"Sejak dua bulan lalu, saya telah mula menjalani latihan dan mendapatkan sentuhan terbaik," kata Rufino.

"Buat masa ini, saya sedia bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan memberikan yang terbaik kepada pasukan, ia adalah tugas saya sebagai pemain bola sepak."

Sebelum ini, Rufino diselebungi kecederaan urat tumit yang mengakibatkan dia diganti den
gan Ifedayo Olusegun  sehingga penghujung musim.

Pemenang kasut emas Liga Super 2018 itu kelihatan berjaya mengembalikan rentak permainannya setelah berjaya menjaringkan serta membantu menghasilkan gol ketika empat perlawanan persahabatan sebelum ini.

Kini peluang Rufino untuk kembali membarisi kesebalasan utama The Red Giants lebih cerah akibat Ifedayo terpaksa menjalani kuarantin akibat prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Dia semakin pulih, saya sangat berpuas hati namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki daripada sudut gerakan tanpa bola. Dia telah berehat panjang sebelum ini dan dia perlu meningkatkan lagi kualiti permainannya," kata pengendali Selangor, B. Sathianathan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen