Rozaimi, Bobby tunjuk minat tabur bakti di Sabah 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 November 2020 5423
Rozaimi, Bobby tunjuk minat tabur bakti di Sabah 
Sabah turut rancak dalam pengambilan pemain dan jurulatih baru bagi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Dua anak jati, Rozaimi Abdul Rahman dan Bobby Gonzales, tampak hampir pasti pulang ke pangkuan Skuad Tambadau.

Ia hasil daripada perjumpaan kedua-dua penyerang itu bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah, Datuk Verdon Bahanda, di Kota Kinabalu semalam.

Kelibat Rozaimi dan Bobby amat dinanti-nantikan oleh penyokong setia pasukan itu selepas masing-masing mencipta nama dalam kancah Liga-M bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Pulau Pinang.

"(Hasil) perjumpaan itu agak memberangsangkan, kedua-dua pihak saling berminat.

"Cuma saya tidak akan buat keputusan secara berseorangan memandangkan saya mempunyai pasukan, jurulatih dan pengurusan. 

"Penurunan kuasa itu sebenarnya sudah diserahkan kepada pengurusan dan jurulatih agar mereka dapat merencana pemilihan pemain," katanya ketika diwawancara maya Astro Arena hari ini.


 

TERIMA KASIH BOBBY !! Pengurusan FA Penang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bobby Gonzales yang bersama pasukan...

Posted by FA Penang on Saturday, November 28, 2020


Begitupun, wakil Borneo itu tidak akan sewenang-wenangnya berbelanja demi memantapkan pemain sambil menuntut pengorbanan semua pihak. 

"Saya harap pemain-pemain bintang ini (sudi) memberikan situasi menang-menang.

"Apapun, saya tidak boleh ulas lanjut mengenai pemberian gaji sebab kami belum ada kata sepakat lagi dalam isu ini.

"Seboleh-bolehnya kami tuntut pemain-pemain dari sini yang bermain untuk pasukan lain  boleh berkhidmat dan menabur bakti kepada Sabah."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen