Rajagobal: Bola sepak Malaysia dalam kerugian

Oleh Staff Writer 16 November 2019 435
Rajagobal: Bola sepak Malaysia dalam kerugian
Datuk K. Rajagobal menyifatkan ketiadaan PKNS FC dalam kancah bola sepak Malaysia sebagai satu kerugian setelah kelab itu sudah membuktikan kemampuan melahirkan pemain berbakat sehingga menjadi legenda bola sepak negara.

Legasi PKNS dalam kancah bola sepak tempatan kini hanya tinggal kenangan apabila pasukan itu sah berkubur.

Ia susulan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk menukar status PKNS sebagai kelab sokongan.

Rajagobal tidak menyembunyikan rasa kekecewanya dengan perkara itu, namun berasa lebih terkilan terhadap perkembangan bola sepak negara.

"," katanya.

Selain PKNS, PKNP FC juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila sah dijadikan kelab sokongan bagi pasukan Perak mulai musim depan.

Bagaimanapun, Rajagobal belum mahu bersara sebaliknya masih bersemangat untuk menabur bakti dengan mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

"."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen