Rahadi manfaat tempoh PKP

Oleh Tengku Danish Bahri 4 April 2020 32
Rahadi manfaat tempoh PKP
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sejak 18 Mac lalu digunakan penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadi Azli Rahalim, untuk pulih daripada kecederaan.

Pemain berusia 19 tahun itu berkata dia sudah hampir pulih daripada kecederaan bahu akibat perlanggaran dengan rakan-sepasukan, Babacar Diallo, di Alor Setar, 7 Mac lalu.

Justeru mengekalkan kecergasan serta menguatkan bahagian bahu kini menjadi fokus Rahadi yang mula menjadi bualan sejak menjuarai Piala Belia musim lalu.

Dia kemudiannya dipilih beraksi bersama skuad Liga Super dan menjadi benteng terakhir TFC dalam aksi pembukaan melawan Perak dan pertemuan dengan Kedah.

"Walaupun sudah hampir bebas daripada kecederaan, saya masih kena kekalkan tahap kecergasan agar 100 peratus bersedia apabila liga bersambung nanti.

"Setiap hari saya akan berlatih lebih sejam mengikut jadual yang diberikan barisan jurulatih," jelas Rahadi.

Kredit foto: Liga Bolasepak Malaysia (MFL)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen