PKNS terus tunggu kata putus FAS

Oleh Staff Writer 1 Disember 2016 4
PKNS terus tunggu kata putus FAS
PKNS sedang menunggu kata putus Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas tempoh pendaftaran pasukan dianjak seminggu.

Dalam masa yang sama, PKNS turut bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tidak akan memihak kepada mereka.

Secara jelas, FAS gagal untuk menyelesaikan isu tersebut dengan cara yang lebih mudah apabila melengahkan lagi usaha pemberian pelepasan kepada PKNS untuk bersaing dalam Liga Super musim depan.

PKNS sudah menerima surat pengesahan daripada Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malysia (FMLLP), bertarikh 1 Disember 2016, dan bercadang untuk bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, bagi mendapatkan cara terbaik untuk meleraikan masalah tersebut.

Menurut Presiden PKNS, Siti Zubaidah Abdul Jabar, pihaknya turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya ada cara lain yang boleh digunakan seandainya FAS terus berdegil.

"Ada pelbagai cara yang telah kami laksanakan untuk menyelesaikan isu tersebut. 

"Selain daripada berbincang dengan FAS, saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak FMLLP untuk mendapatkan pandangan serta nasihat daripada mereka," katanya.

Bagaimanapun, PKNS yakin masalah itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik tanpa memberikan kesan kepada mana-mana pihak yang terlibat.

"Saya sangat optimis perkara ini dapat diselesaikan sebelum 7 Disember. Pihak kami juga masih meneruskan persiapan untuk membentuk sebuah pasukan yang dapat bersaing dalam Liga Malaysia 2017."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen