PKNP FC 1 JDT 1

PKNP FC mengutip satu mata berharga apabila mengikat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.


Jaringan Ramon Costa pada minit ke-14 cukup buat anak buah Abu Bakar Fadzim itu menafikan kemenangan pendahulu liga tersebut.

Walaupun masih terdampar di dasar liga, kejayaan mengikat pasukan handalan seperti JDT pasti menjadi motivasi besar dalam baki perjuangan pasukan konglomerat itu.

Jangkaan PKNP akan menjadi mangsa bahaman Harimau Selatan itu meleset apabila mempamer semangat kental untuk menyaingi pelawat.

Walaupun JDT jelas menguasai permainan, pemain PKNP FC ternyata tidak mudah menyerah untuk membuat pelawat pulang hampa.

JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui sentuhan Diogo Santo hanya selepas empat minit perlawanan berlangsung.

Namun, tuan rumah FC berjaya memadam kelebihan itu 10 minit kemudian melalui Costa yang turun dalam perlawanan keduanya malam tadi.

Aksi selepas itu menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan dalam usaha mencari gol tambahan tetapi tidak berhasil walaupun memiliki peluang.

Kredit foto: Facebook PKNP FC

Keputusan lain:
Liga Super
FELDA UNITED 5 PKNS FC 4
KEDAH 0 PAHANG 0
PJ CITY FC 0 PERAK 1

Liga Perdana
JOHOR DARUL TA'ZIM II 5 TERENGGANU FC II 0
KELANTAN 0 UITM FC 0