PKNP FC hanya daftar 25 pemain -- Abu Bakar

Oleh Azizan Hashim 4 Disember 2018 4276
PKNP FC hanya daftar 25 pemain -- Abu Bakar
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) hanya akan mendaftar seramai 25 pemain untuk menghadapi kancah Liga Malaysia 2019.

Ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, berkata daripada jumlah itu, empat adalah pemain import, tiga penjaga gol manakala selebihnya adalah 18 pemain tempatan.

"Jumlah itu sudah dipersetujui oleh presiden kelab dalam perbincangan yang diadakan.

"Bilangan pemain dihadkan untuk jimat belanja kerana bajet kami kecil, " kata Abu Bakar yang lebih mesra dengan panggilan Burn kepada Stadiumastro.

Menurut jurulatih itu, pembentukan pasukan sudah hampir lengkap dan PKNP sedang menunggu ketibaan tiga awang import tidak lama lagi.

Abu Bakar juga menjelaskan dua pemain Ghana dan seorang pemain dari Tajikistan kini berada dalam radar PKNP.

Mereka dicadangkan kepada PKNP oleh seorang kenalan dan bukan ejen pemain.

"Urusan membawa mereka ke mari sudah dilakukan dan  kini menunggu ketibaan mereka sahaja.

"Sehingga itu, saya tidak boleh dedahkan identiti mereka," ujar Abu Bakar.
 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen