PJ City terdesak tapi yakin tawan UiTM 

Oleh Shaiful Shamsudin 1 Oktober 2020 74
 PJ City terdesak tapi yakin tawan UiTM 
Pengendali PJ City, K. Devan, menyifatkan baki dua perlawanan Liga Super khasnya menentang UiTM FC sebagai misi wajib menang meskipun tempang tanpa kelibat tonggak utama K. Gurusamy.

Devan perlu bekerja keras bagi memastikan anak buah kendaliannya itu dapat mengelak zon penyingkiran Liga Super apabila dibezakan dengan satu mata dengan Felda United.

Bakal turun selaku pelawat, kesebelasan utama seperti ketika mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-2 dalam perlawanan terakhir tidak mampu diulangi ekoran ketiadaan kapten pasukan, Gurusamy, yang perlu menjalani peggantungan berikutan sudah mengumpul tiga kad kuning.

Bagaimanapun, Devan menagih karakter serupa seperti menentang pendahulu liga itu perlu dikekalkan dalam misi mereka meraih tiga mata. 

"Berdasarkan Melaka, JDT dan Sabah, UiTM mempunyai pemain istimewa jadi kami perlukan strategi yang bagus untuk berdepan mereka.

"Kami telah membuat persiapan rapi walaupun akan beraksi di tempat lawan.

"Perlawanan ini akan membawa dimensi baru. Kami terdesak memburu tiga mata sementara UiTM sudah pun mengekalkan status dalam Liga Super.

"Oleh itu pemain perlu fokus sepanjang 90 minit," kata bekas pengendali Negeri Sembilan tersebut. 
 

Here are some actions taken from the match against JDT last night. 🔥🔥🔥 FULL TIME PJ CITY FC 2 - 2 JOHOR DARUL TA'...

Posted by PJ City FC on Friday, September 25, 2020

Dalam masa sama, pemain berpengalaman, Christie Jayaseelan, tidak rela ketiadaan tonggak di bahagian tengah itu mengganggu fokus pasukan, sebaliknya bertekad mencatat keputusan yang lebih baik untuk memperbaiki kedudukan ketika ini.

"Gurusamy seorang pemain berpengalaman, ketua bagi kami tetapi kami mempunyai pemain di bangku simpanan yang mampu menggalas tanggungjawab yang akan diberikan.

"Kami mampu catat kemenangan ke atas UiTM tetapi apa yang penting mematuhi taktikal diterapkan jurulatih dan walaupun berdepan tekanan, kami masih boleh melaksanakan misi dengan memberikan aksi terbaik," kata bekas pemain ATM itu. 

PJ City jelas mempunyai masalah di jentera serangan dan ketiadaan Gurusamy bermakna Washinton Brandao akan memikul beban itu namun daripada lapan penampilannya tahun ini, dia hanya menyumbat satu gol.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen