PJ City harap MFL luluskan venue latihan

Oleh Muzaffar Musa 24 Jun 2020 88
PJ City harap MFL luluskan venue latihan
Ketua jurulatih Petaling Jaya City FC, K. Devan, mengharapkan satu jawapan segera daripada badan penganjur Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), berhubung hasrat mereka untuk mengadakan latihan di Padang Sime Darby atau Padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kedua-dua venue itu sudahpun memberikan persetujuan dan pasukan itu hanya perlu menunggu kelulusan daripada MFL untuk memulakan latihan mereka.

Sebelum ini, PJ City FC menjalani latihan di Padang PLUS dan Arena Universiti Malaya, namun ia tidak lagi dibenarkan sehingga 31 Ogos depan.

"Kami terpaksa mencari venue lain yang menepati keperluan peraturan MFL.

"Kami sudah mengenal pasti satu venue, iaitu Padang Sime Darby, di mana kami telahpun berbincang dengan pihak pengurusan Sime Darby.

"Kami sudah mengemukakan permohonan kepada MFL dan masih menantikan jawapan mereka.

"Jika dapat menggunakan Padang Sime Darby lebih baik kerana kebanyakan pemain kami berada di Kuala Lumpur.

"Tetapi jika dapat menggunakan Padang USIM juga boleh," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen