Piala Prihatin: Bukan sekadar medan uji pasukan 

Oleh Shaiful Shamsudin 26 Februari 2021 456
 Piala Prihatin: Bukan sekadar medan uji pasukan 
Kuala Lumpur United FC (KLUFC) menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ketiga musim lalu untuk melayakkan diri ke Liga Super musim ini.

Pertemuan 'derby' Lembah Klang dalam perebutan Piala Prihatin di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, itu esok jelas dinantikan peminat bola sepak tanah air untuk mengetahui pasukan mana Raja Lembah Klang sebenar biarpun ia sekadar aksi persahabatan pra-musim.

'Derby' di antara KLUFC dan Selangor FC bermula sejak 1979 dengan Selangor berjaya memenangi 50 daripada 79 pertemuan di antara mereka.

 

Biarpun Gergasi Merah dianggap pilihan, tetapi tuan rumah sebaliknya tentu ada ramuan rahsia.

"Kami kesuntukan masa, kami memiliki beberapa pemain baru untuk menghadapi perlawanan ini. 

"Mereka masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan. 

"Saya masih belum cukup mengenali mereka tetapi secara dasarnya  saya masih boleh menukar fikiran sebelum perlawanan ini," kata  jurulatih KLUFC, Bojan Hodak, dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.  

Bagi rakan sejawatannya di Selangor,  Karsten Nietzel, semua pemain akan mendapat peluang dan perlu merebut tempat demi meyakinkannya.  

"Kami ada 11 pemain untuk diturunkan dan sudah tentu kami memerlukan setiap pemain. 

"Saya perlu berikan perhatian ini kepada ramai pemain, bukan sekadar beberapa orang."

Perlawanan amal melibatkan dua pasukan Liga Super itu akan disiarkan secara langsung dalam pakej sukan di saluran Astro 825. 


   

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen