Piala Aman Jaya Junior cungkil bakat muda

Oleh Shaiful Shamsudin 10 Disember 2016 44
Piala Aman Jaya Junior cungkil bakat muda
Akademi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menganjurkan Kejohanan Piala Aman Jaya Junior bawah 12 tahun 2016 bertempat di Padang Ipoh, sebentar tadi yang menyaksikan Taiping muncul juara kategori utama, iaitu Kategori Cup apabila menewaskan Gerik 2-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0 tamat masa sebenar.

"Saya ucapkan tahniah kepada Taiping dan semua pasukan bertanding," ujar Zainal Anuar Abd Rashid, Ahli Jawatankuasa Eksekutif PAFA.

"Bukan apa... Objektif pertandingan ini adalah untuk  mengenal pasti bakat muda dan jika berbakat kami serapkan mereka (pemain) ke sekolah sukan negeri agar bakat mereka terus berkembang" ujarnya lagi.

Tambah Zainal, "Sebanyak 22 pasukan menyertai kejohanan ini dan tiga kategori kejuaraan dipertandingkan".

Di dalam kategori akhir 'plate' dan 'bowl' pula dimenangi Ipoh Barat dan Padang Rengas setelah menewaskan Lumut dan Beruas.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen