Pengendali positif pengurusan baru Lang Merah selesai isu gaji

Oleh Shaiful Shamsudin 5 Jun 2020 225
Pengendali positif pengurusan baru Lang Merah selesai isu gaji
Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, menggesa pembayaran gaji pasukannya yang tertangguh supaya segera diselesaikan.

Pengendali kelahiran Singapura itu bimbang jika situasi berkenaan berlarutan, ia mungkin mengganggu motivasi barisan Lang Merah yang tidak mendapat sebarang bayaran sejak tiga bulan lalu.

Ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyulitkan urusan lagi mereka, Aidil Sharin bagaimanapun mengharapkan keadaan itu tidak akan dijadikan sebagai alasan.

"Pengurusan baru sudah memainkan peranan mereka dan telah keluar (daripada pasukan). 

"Sekarang, pengurusan digantikan dengan yang baru jadi kami perlu bersikap positif. 

"Saya harap dan yakin ia akan diselesaikan secepat mungkin sebagai suntikan buat kami beraksi September depan," katanya kepada wakil Nadi Arena, Norsyarafina Nasrom.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen