Pemain Perak isi masa jual sate

Oleh Nafis Abdullah 27 April 2020 304
Pemain Perak isi masa jual sate
"Dulu menghantar bola, kini penghantar makanan."

Pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar Zamri, atau lebih mesra dipanggil Beto mengisi masa terluang dan menambah pendapatan keluarga apabila menjual sate menerusi kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD) dalam tempoh berpuasa tahun ini.

Ekoran saingan liga tempatan dihentikan sementara susulan wabak coronavirus, Beto mengambil keputusan untuk melakukan pekerjaan tambahan bagi menambah pendapatan. i

Dia juga tidak menolak kemungkinan perniagaan menjual sate itu menjadi pekerjaann tetapnya jika tidak lagi bergelar pemain bola sepak.

"Dalam bulan Ramadan ini, saya membantu keluarga menjual sate. Saya dan pekerja membuat penghantaran ke rumah dan setakat ini, alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Saya ubah waktu latihan ke waktu malam, jadi dapat membantu keluarga pada waktu siang," katanya.

"Memang semua pemain mengharapkan agar saingan disambung tetapi perkara ini ada baik dan buruknya. Jika diteruskan, mungkin ia akan meningkat atau berulang. Jadi, andai tidak diteruskan, kasihan kepada pemain yang tamat kontrak."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen