PDRM 0 SABAH 0

Pertembungan di antara dua pasukan pendatang baru Liga Super musim 2020, PDRM dan Sabah menyaksikan mereka terpaksa berkongsi mata dalam aksi pembukaan, dengan keputusan 0-0.


Skuad PDRM turun dengan misi wajib memperoleh tiga mata gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri.

Tiga mata pertama tersebut menjadi penting buat PDRM untuk memastikan tempat lebih kukuh buat mereka dalam kedudukan liga apabila sebelum ini The Cops dihukum defisit tiga mata ekoran gagal menyelesaikan tunggakan gaji.

Sepanjang babak pertama, kedua-dua pasukan berbalas serangan, di mana skuad Tembadau meraih beberapa peluang sepakan sudut namun gagal menterjamahkannya kepada jaringan.

Selepas separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan, skuad kendalian Mohd Ishak Kunju Mohd dan Kurniawan Dwi Yulianto melakukan beberapa pertukaran pemain dengan harapan meletakkan pasukan masing-masing di hadapan.

Bagaimanapun, aksi 90 minit ini berakhir dengan keputusan 0-0.

Imej: MFL