Skuad Terengganu FC (TFC) tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan menghadapi wabak koronavirus baru (Covid-19) menerusi Tabung Bantuan negeri itu, semalam.

Dalam satu muat naik di laman rasmi TFC, satu kutipan derma terkumpul sumbangan pihak pengurusan, pegawai serta pemain TFC telah dilancarkan pada 2 hingga 7 April lalu.

Penyerahan sumbangan kemudian dibuat Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Syahrizan Kohd Zain, kepada wakil kerajaan negeri.

"Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan kesulitan mereka yang memerlukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Di samping itu, PBSNT selaku badan induk utama bola sepak negeri turut mengajak orang ramai bersama-sama membantu dengan menderma kepada Tabung Bantuan Covid-19.

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun Bank Islam milik Tetuan Akauntan Negeri Terengganu bernombor 13017010034566.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)