Partiban pulang ke Perak

Oleh Azizan Hashim 8 November 2018 468
Partiban pulang ke Perak
Pemain tengah Terengganu, J. Partiban, menjadi pemain pertama 'tangkapan' juara Piala Malaysia, Perak, untuk memantapkan cabaran pasukan Bos Gaurus musim depan. 

Partiban, 26, menandatangani kontrak selama setahun dengan Perak,  petang tadi. 

Pengambilan Partiban yang berkelana ke Terengganu diumumkan Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, sebelum beliau meletakkan jawatan. 

"Saya sendiri menghubungi pemain itu dan mengajaknya bermain untuk Perak dan dia bersetuju," ujarnya. 

Menurut Hasnul, usaha sedang dibuat untuk mendapatkan khidmat beberapa lagi pemain yang disasarkan. 

"Perak dalam usaha memantapkan pasukan bagi menghadapi musim 2019 dan diharapkan urusan itu dipermudahkan dan berjaya.

" Insya-Allah saya yakin usaha itu akan berjaya, " katanya. 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen