Partiban mahu Perak tumbangkan Kedah

Oleh Muzaffar Musa 10 Oktober 2020 2677
Partiban mahu Perak tumbangkan Kedah
Pemain sayap Perak, J. Partiban, menjadikan pertemuan menentang Kedah dalam aksi terakhir Liga Super di Ipoh malam esok sebagai aksi final buat dirinya.

Partiban bertekad untuk mengulangi aksi cemerlangnya demi membawa skuad The Bos Gaurus itu ke pentas Piala AFC musim depan.

Dia muncul penyelamat Perak ketika bangkit mengikat Pahang 3-3 di Stadium Darul Makmur minggu lalu.

Kebangkitan itu kini menjadi motivasi buatnya untuk menumbangkan Kedah di Ipoh, sekali gus muncul naib juara Liga Super musim ini.

"Perlawanan ini memang amat penting buat kami kerana ia menawarkan tempat kedua dan slot ke Piala AFC.

"Kami juga mahnu melakukan yang terbaik dalam perlawanan terakhir tahun ini.

"Dalam perlawanan lalu menentang Pahang, kami bangkit daripada ketinggalan 0-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3, jadi satu mata itu telah membantu kami.

"Apa yang penting, dalam perlawanan terakhir ini, kami hanya mempunyai satu pilihan, iaitu menang, untuk layak ke Piala AFC.

"Jadi, kami akan memberikan 100 peratus malam esok," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen