Itu reaksi pemain tengah PJ City, R. Kogileswaran, yang cemerlang mencetak gol kemenangan saat akhir pasukannya dan dalam masa sama menghampakan kepada bekas pasukannya, Pahang dalam aksi Liga Super, semalam.

"Sejujurnya, saya masih lagi berasa gementar selepas menjaringkan gol ke atas bekas pasukan saya. Ia merupakan perasaan yang bercampur namun gembira di atas persembahan saya dalam perlawanan ini," katanya.

Kogileswaran mengakui ia perasaan yang bercampur baur sewaktu menjaringkan gol kemenangan di saat akhir buat PJ City.

Sudah pasti ia kejayaan manis, namun dalam masa sama pemain itu tidak meraikan kegembiraan itu sebagai tanda hormatnya kepada Pahang selaku bekas majikan.

"Saya telah memohon maaf kepada setiap individu dalam skuad Pahang. Tetapi kini saya bersama PJ City dan perlu menabur bakti kepada pasukan ini."

Empat tahun bersama Pahang, Kogileswaran mengakui peningkatan prestasinya banyak disebabkan peluang yang diterima selama berada di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh.

Namun pemain itu kekal dengan pendirian untuk profesional kerana PJ City adalah majikannya kini.