PAHANG 2 SABAH 0

Pahang menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.


Kemenangan tersebut sangat bermakna buat skuad Tok Gajah yang masih belum mencatat kemenangan sejak kempen Liga Super bermula musim ini.

Pasukan bimbingan Dollah Salleh itu berazam meraih tiga mata di laman sendiri dan impian itu menjadi kenyataan bermula pada minit ke-21 menerusi Ivan Carlos yang menyempurnakan hantaran Mohamadou Sumareh.

Pahang berjaya menggandakan jaringan dan mengukuhkan kelebihan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-48 dan Herold Goulon menyempurnakannya untuk pahang catat kemenangan 2-0 hingga tamat perlawanan.

Keputusan lain:

Liga Super

PDRM 0 JDT 1

Liga Perdana

KUCHING 1 TERENGGANU II 2

NEGERI SEMBILAN 2 UKM 0

PERAK II 1 PULAU PINANG 1

Imej: PAHANG FA