PAFA tangguh program lancar jersi, perkenal pemain 

Oleh Azizan Hashim 10 Januari 2020 55
PAFA tangguh program lancar jersi, perkenal pemain 
Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menangguhkan majlis pelancaran jersi, memperkenalkan pemain serta sesi bertemu peminat skuad Liga Malaysia yang sepatutnya berlangsung esok. 

Perkembangan itu disahkan oleh Setiausahanya, Mohamad Azlin Mohd Nadzri, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

"Satu tarikh baru akan ditetapkan kemudian," katanya. 

Azlin berkata kongres PAFA di sebuah hotel terkemuka di Ipoh itu akan diteruskan petang esok, begitu juga perlawanan akhir Piala Presiden PAFA di Stadium Perak pada jam 4.30 petang tetap diadakan.


Editor: Shaiful Shamsudin 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen