Norhakim Hassan ikrar balas jasa Selangor 

Oleh Shaiful Shamsudin 5 Disember 2020 7329
Norhakim Hassan ikrar balas jasa Selangor 
Pemain sayap Selangor, Norhakim Hassan, boleh menarik nafas lega apabila kontrak dua tahunnya bersama The Red Giants tidak terjejas.

Desas-desus Norhakim akan dilepaskan musim depan susulan  kecederaan serius di bahagian lutut awal Januari lalu memaksanya berehat panjang dan memanaskan bangku simpanan pada musim ini.

Dia mengakui turut terima tawaran kembali ke negeri kelahirannya, Terengganu, tetapi memilih untuk setia berbaktik dengan Selangor sambil teruja untuk memulakan kempen 2021 di bawah kendalian pakar dari Jerman, Karsten Neitzel.

"Saya nak balas semula budi Selangor. 

"Musim lalu saya tidak bermain jadi kini saya pulih 100 peratus. 

"Gian memang jangan cakaplah sebab dekat setahun tidak bermain bola. 

"Kalau diikutkan, saya sudah boleh beraksi dalam Piala Malaysia yang lalu," katanya ketika dihubungi. 

Selangor merupakan kelab ke kelimanya sepanjang karier profesionalnya dan antara momen kegemilangannya termasuk ketika menyarung jersi Perak, dua musim lalu.

 

ICYMI Baca mengenai misi & fokus FA Selangor selepas penswastaan Selangor FC melalui pautan di bawah: http://bit.do/FASxSFC #KitaAdalahSatu #85Years #CreatingALegacy

Posted by Selangor FC on Wednesday, December 2, 2020
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen