Nik Sharif Haseefy ikut jejak langkah Dollah di Selangor 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Januari 2021 7401
 Nik Sharif Haseefy ikut jejak langkah Dollah di Selangor 
Nik Sharif Haseefy Lazim juga berpeluang meneruskan legasi mentornya, Dollah Salleh, yang merupakan  ikon Selangor.

Pemain di bahagian serangan berumur 23 tahun itu menegaskan bekas ketua jurulatihnya di Pahang tersebut memainkan peranan penting dalam menyerlahkan potensinya.

"Saya berterima kasih kepada Dollah. Disebabkan beliau, saya berpeluang menyerlah bakat yang terpendam. 

"Kalau berkesempatan, saya akan berikan yang terbaik (untuk mengikuti jejak langkahnya)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.

 

Taking pre-cautionary steps before getting to work! #KitaAdalahSatu #85Years #CreatingALegacy

Posted by Selangor FC on Friday, January 1, 2021


Dua tahun bersama Tok Gajah, Nik Sharif Haseefy membuat 10 penampilan dengan menghasilkan tiga jaringan dan kelincahannya semakin mencuri perhatian di pentas Piala Malaysia lalu. 

"Saya memang mahu kekal tetapi disebabkan satu-dua faktor, ia membuatkan saya berhijrah. 

"Sejujurnya, saya mengidamkan untuk bermain di luar negara. Saya akan sertai mana-mana pasukan yang berikan tawaran terbaik.

"Semua pemain Malaysia adalah bagus tetapi kalau tidak cuba, saya tidak tahu sama ada gagal atau tidak," katanya. 



 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen