Nafuzi: Terengganu mahu bawa pemain berkualiti, bukan nama besar 

Oleh Shaiful Shamsudin 22 November 2020 5669
Nafuzi: Terengganu mahu bawa pemain berkualiti, bukan nama besar 
Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, menyangkal Sang Penyu tidak mampu cabaran walaupun dikhabarkan tidak akan berbelanja besar bagi musim 2021.

Lazimnya pasukan-pasukan akan memilih untuk mempunyai lebih ramai pilihan pemain sebagai persediaan ke Kejohanan Piala AFC, sebaliknya berlaku dalam skuad kendaliannya. 

Pengendali kelahiran Kelantan itu mendedahkan majoriti skuadnya bakal dibarisi pemain muda sambil mengakui tiga hingga empat pemain senior akan membantu skuadnya, namun ia masih dalam perbincangan pihak pengurusan.


 
Posted by TERENGGANU FC on Saturday, November 14, 2020


"Kami bukannya akan menggunakan sepenuhnya (kudrat) pemain muda.

"(Persiapan) kami seperti tahun ini juga, diperkuatkan dengan majoriti pemain muda tetapi tidak semestinya mereka akan kerap diturunkan, kami perlu ikut kesesuaian untuk beri (peluang) mereka bermain.

"Terengganu bukan sebuah pasukan yang gemar berbelanja besar dan mengambil pemain ternama. 

"Kami mengambil pemain mengikut keperluan dan kemampuan. 

"Kami sedang berunding dengan beberapa pemain tetapi bukanlah yang bertaraf bintang. 

"Kami berusaha mendapatkan pemain berkualiti dalam usaha memantapkan (cabaran) musim depan," katanya yang baru menyambut menantu sulung.

Dalam masa sama, status duo import, Sanjaar Shaakhmedov dan Babacar Diallo, juga masih menjadi tanda tanya.

Sementara itu, penjaga gol muda Kedah, Azri Ghani, antara pemain yang mencuri tumpuan bagi spekulasi perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini.

Tonggak pasukan B-19 itu dikatakan hadir ke Ipoh, semalam untuk menandatangani surat tawaran daripada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Jika tiada aral, dia akan menandatangani kontrak dalam masa terdekat sekali gus menjadi milik The Bos Gaurus pada musim depan.

Begitupun, Azri enggan mengulas lanjut kerana mahu menghormati kontraknya bersama skuad Hijau Kuning yang berakhir hujung bulan ini.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen