Nafuzi anggap Perak pasukan pilihan

Oleh Tengku Danish Bahri 28 Februari 2020 2307
Nafuzi anggap Perak pasukan pilihan
"Terengganu FC (TFC) akan turun sebagai pasukan bukan pilihan."

Demikian pendirian pengendalinya, Mohd Nafuzi Zain, menjelang kunjungan Perak dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.

Faktor pengalaman rakan sejawatan, Mehmet Durakovic, di bangku simpanan Perak akuinya menjadi sebab kelebihan seakan-akan berpihak kepada skuad The Bos Gaurus itu.

"Perak mengekalkan majoriti pemain lama yang masih bagus dari bahagian benteng sehingga jentera serangan.

"Mereka boleh dianggap pasukan yang serba lengkap di semua posisi selain diperkuatkan bekas pemain TFC, Thierry Chantha Bin, yang mungkin ada 'rahsia' saya.

"Dibantu pengalaman luas Mehmet dalam liga tempatan, mereka masih pasukan pilihan seperti setiap musim," jelas Nafuzi.




Dalam masa sama, jurulatih muda itu tetap bersedia memulakan Liga Super dengan langkah kanan sambil menuntut TFC supaya memanfaatkan kelebihan tempat sendiri.

Nafuzi berkata kemenangan ke atas Perak sangat penting untuk mencari momentum serta meningkatkan moral pasukan yang diketuai kapten, Lee Tuck.

"Bayangan kesebelasan utama itu sudah ada dalam perancangan.

"Bermain di Stadium Sultan Mizan juga merupakan satu suasana baru dan TFC perlu membuka buku baru dengan tiga mata," tambahnya.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen