MUSA kekal 10 pemain untuk Liga Super 2017

Oleh Shaiful Shamsudin 28 Oktober 2016 12
  MUSA kekal 10 pemain untuk Liga Super 2017
Melaka United mengesahkan hanya 10 pemain sedia ada akan dikekalkan bagi menghadapi Liga Super musim hadapan.

Mereka yang dikekalkan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan musim ini sehingga berjaya bergelar Juara Liga Perdana.

“Hanya 10 pemain kami kekalkan dan ada empat lagi kita minta mereka menjalani proses penilaian sekali lagi dengan jurulatih akan datang,” kata pengurusn pasukan Melaka United, Datuk Yusof Mahadi, ketika dihubungi.

Yusof sempat bercakap mengenai status jurulatih, Mat Zan Mat Aris, dan menyatakan jurulatih itu sah tiada dalam perancangan Melaka United musim hadapan.

R. Surendran, Nur Shamil Abdul Ghani, Ahmad Khuzaimi Piee, Muhammad Ferrs Danial Muhd Nasir, penjaga gol utama Melaka United, Ahmad Solehin Mamat, dan pemain import, Ilijia Spasojevic, adalah enam pemain yang hampir pasti dikekalkan.
 
Empat lagi pemain dikehendaki melalui satu lagi proses penilaian bersama jurulatih baru bagi memastikan mereka dapat menggalas tanggungjawab membawa sukad Melaka United ke peringkat lebih tinggi.



Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen