Motivasi berbeza Daniel Ting selepas dua tahun 'menghilang' 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Januari 2021 3577
 Motivasi berbeza Daniel Ting selepas dua tahun 'menghilang' 
Pemain kacukan Malaysia-England, Daniel Ting, bakal menyertai Kuala Lumpur United dengan semangat berbeza selepas dua tahun meninggalkan bola sepak. 

Bekas tonggak PKNS FC itu memilih untuk beralih bidang dengan berkelana ke Australia demi mengutip pengalaman berbeza dalam kehdiupan, pertahanan berumur 29 tahun tersebut bakal mewarnai semula kancah Liga Malaysia (Liga-M). 

Menurutnya, peluang kembali bergandingan dengan Safee Sali antara yang menjadi tarikannya menyertai skuad Warga Kota yang akan mencabar Liga Super 2021. 

"Saya pernah beraksi di samping Safee di PKNS, seronok bergandingan dengannya. 

"Nyata dia amat dihormati di atas padang, pengalamannya amat berharga buat pasukan," kata Daniel ketika ditemu bual Astro Arena hari ini.


 

The 2020 season left him unfulfilled so Dominique Da Sylva has returned to Malaysia, this time with Kuala Lumpur United...

Posted by Kuala Lumpur Hawks on Wednesday, January 20, 2021


Pemain yang dilahirkan di Cheshire terbabit membantu The Red Ants  -- yang dikendalikan Datuk K.Rajagobal ketika itu -- dengan menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia.

Namun, dia -- yang sedang menjalani kuarantin sebelum dibenarkan melaporkan diri bersama pasukan -- menegaskan keputusannya meninggalkan bola sepak sebelum ini bukanlah bukan satu keputusan muktamad dan berasakan mula melihat bola sepak dengan perspektif dan motivasi berbeza.

"Peluang beraksi selalu bermain dalam fikiran.

"Saya sentiasa mahu beraksi dalam perlawanan kompetitif, teratur dan liga profesional. 

"Saya tidak kesal dengan tindakan sebelum ini. Saya kini adalah pemain berbeza daripada segi fizikal dan mentaliti," kata bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II itu.

"
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen