Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora, berkongsi perasaannya ketika kejayaan menjulang kejuaraan kali ketujuh saingan Liga Super selepas melewati waktu sukar.

"Saya sangat berbangga kerana sebahagian dengan JDT. Saya telah pernah menang, seri dan tewas dan mengalami tekanan bersama pasukan ini," kata pengendali JDT, Benjamin Mora.

"Setiap pasukan berusaha untuk menang dan saya sangat bertuah kerana bersama JDT ketika ini."

JDT menepati ramalan dalam saingan liga domestik selepas meraih kemenangan ke atas Sabah 4-1 semalam, kini mereka beralih sasaran di peringkat antarabangsa.



"Kami memerlukan pesaing dalam saingan liga kerana ia dapat membantu meningkatkan kemampuan pasukan untuk bertanding di peringkat lebih tinggi."

Selepas membuat debut 27 Januari 2017 dengan 101 penampilan dan mencetak 47 gol, akhirnya penyerang sensasi JDT, Safawi Rasid secara sah akan berangkat ke Portugal malam ini untuk beraksi di Liga Perdana Portugal bersama Portimonense SC.