Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengesahkan badan pentabdir Liga Malaysia (Liga-M) itu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah penaja dengan tuntutan mencecah jutaan ringgit.

Mengesahkan perkara itu kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yusoff pada hari ini mendakwa penaja berkenaan, yang menyediakan perkhidmatan video di atas talian, gagal memenuhi perjanjian yang ditandatangani.

Perjanjian selama 10 tahun untuk menyiarkan perlawanan saingan domestik itu dipercayai bernilai RM300 juta tetapi ia masih belum terlaksana hingga ke hari ini.

"Sebelum kami mengambil tindakan ini, sudah tentulah beberapa siri pertemuan telah berlaku tetapi nampaknya masih tiada persetujuan bersama.

"Kami telah mengambil masa yang agak panjang jadi kami tidak mahu kes ini berterusan," katanya ketika ditemui Zulhelmi di Wisma FAM, Petaling Jaya, hari ini.

? KEDUDUKAN CIMB LIGA SUPER 2020 Inilah kedudukan rasmi CIMB Liga Super setakat pusingan LS4! Gambarkan prestasi pasukan anda dengan satu emoji. ? #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020

Posted by Malaysian Football League on Tuesday, July 21, 2020


Yusoff dalam masa yang sama belum mahu mendedahkan soal pelanggaran kontrak itu dan menyerahkan kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan.

"Sebelum persetujuan ditandatangi, segala keperluan perlulah dipersetujui bersama.

"Kami tiada pilihan lain dan menyerahkan kepada pihak berkenaan (peguam) untuk tindakan seterusnya," katanya merangkap timbalan presiden FAM.

Di sebalik pengajaran pahit itu, MFL menuntut pihak penaja agar bersikap profesional agar kes seumpamanya berulang demi mengelak sebarang tindakan undang-undang.

"Dalam apa-apa perjanjian awal, 'benda' ini memang cantik pada mulanya tetapi kadang-kadang ada perkara yang berlaku di luar jangkaan kami.

"Ada pihak yang tidak menunaikan tanggungjawab dan melaksanakan perjanjian itu," katanya.