Melaka United sasar kelompok lima teratas Liga Super

Oleh Staff Writer 26 Disember 2016 1
Melaka United sasar kelompok lima teratas Liga Super

Ilija Spasojevic yakin Melaka United mampu memberi saingan sengit terhadap mana-mana pesaingnya serta mampu menamatkan kempen Liga Super 2017 dengan mencapai sasaran kedudukan lima teratas.

"Untuk musim depan, kami mempunyai lebih ramai pemain baharu yang berkualiti dan berpengalaman, jadi sudah pasti kami boleh mencapai sasaran itu.

"Namun, perlukan sedikit masa untuk mendapatkan keserasian antara kami,” katanya ketika dihubungi.

Tidak menafikan cabaran yang bakal dihadapi bersama rakan pasukan yang lain, penyerang berbisa Melaka United itu  turut menyatakan kehadiran jurulatih, Eric Williams, dan beberapa pemain berpengalaman sedikit-sebanyak mampu merealisasikan sasaran berkenaan.

Baru sebulan menjalani sesi latihan bersama Williams, Spasojevic mengakui jurulatih itu mempunyai corak dan strategi yang berbeza berbanding jurulatih sebelum ini, Mat Zan Mat Aris.

Dalam perkembangan lain, skuad Hang Tuah dijangka mengadakan aksi persahabatan pramusim menentang Negeri Sembilan pada 29 Disember ini sebelum mengharungi Jelajah Kemboja sebagai persediaan untuk Liga Super yang bakal membuka tirai pada 21 Januari ini.

Kredit imej: Laman Facebook Melaka United Soccer Association

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen