Melaka United lepaskan Safiq 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Disember 2020 5799
Melaka United lepaskan Safiq 
Melaka United mengambil tindakan drastik apabila menggugurkan lapan pemain sebagai persiapan musim 2021.

Ketua pasukan, Safiq Rahim, antara nama yang tidak dilanjutkan kontrak ketika diumumkan dalam Sidang Media Khas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, di Bilik Media MUSA Stadium Hang Jebat, petang tadi.

Sepanjang dua musim bersama skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu sejak meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq membuat 32 penampilan dengan merekodkan empat gol.  

"Jumlah pemain tempatan yang kami sedang bincang untuk kekalkan ialah sembilan orang. 

"Pemain Melaka B-21 seramai enam orang pula akan diserapkan (dalam skuad senior) cuma dua pemain import masih lagi dalam perbincangan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United FC, Datuk Saiful Mat Sapri, ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini. 

Sementara itu, ketika diminta mengulas lanjut kedudukannya, bekas tonggak tengah kebangsaan tersebut menjelaskan akan berkongsi perkembangannya sedikit masa lagi. 

 

Sekitar Sidang Media Khas MUSA yang disampaikan oleh Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi di Bilik...

Posted by Melaka United Soccer Association - MUSA on Friday, December 4, 2020

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen