Mat Zan jurulatih terbaik -- Jasmir Mehat

Oleh Shaiful Shamsudin 12 November 2016 26
Mat Zan jurulatih terbaik -- Jasmir Mehat
“Bagi saya, Mat Zan (Mat Aris) memang jurulatih terbaik, tapi inilah dunia bola sepak, ada yang kekal ada yang pergi”, kata pemain Melaka United, Jasmir Mehat, mengenai perpindahan bekas jurulatih pasukan itu ke AirAsia All Star FC.

Pemain tengah itu turut mengulas perpindahan jurulatih itu adalah rezeki yang terbaik buat Mat Zan.

Jasmir tidak menafikan perasaan kecewanya apabila Melaka United Football Club (MUFC) tidak menyambung kontrak Mat Zan.

Bahkan kawan karibnya sendiri, Fiqri Azwan Ghazali, juga tidak disambung kontrak meskipun telah bersama Melaka United sejak tahun 2015.

Sebelum mengakhiri perbualan, dia sempat mengucapkan selamat maju jaya buat Mat Zan, semoga berjaya mengendalikan AirAsia FC dengan cemerlang dan dia sangat berterima kasih di atas tunjuk ajar selama dua tahun.

Dalam masa yang sama, dia  turut mengakui dia masih mempertimbangkan tawaran pembaharuan kontrak oleh pihak MUFC untuk menghadapi saingan Liga Super 2017.

Bila ditanya adakah dia akan menerima tawaran pembaharuan kontrak berkenaan, dia hanya menjawab “Insya-Allah”.

Dalam perkembangan lain, MUFC mengesahkan jurulatih import yang berpengalaman dari Australia, Eric Williams, bakal mengendalikan skuad Melaka United untuk musim depan. 

Beliau yang pernah mengemudi kelab Yangon FC menjuarai Liga Myanmar, akan menandatangani kontrak selama semusim pada minggu hadapan.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen