Mana mungkin kalau tidak bersama Selangor? -- Ifedayo

Oleh Ammar Hakim 23 November 2020 3868
Mana mungkin kalau tidak bersama Selangor? -- Ifedayo
Penjaring terbanyak Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun, berkongsikan situasi di mana khidmatnya dipancing beberapa pasukan Malaysia dan luar negara susulan tamat musim 2020.

Selain mengesahkan ada beberapa permintaan peribadi untuk kekal di Shah Alam, Ifedayo menegaskan tidak pernah terfikir untuk menyarung jersi selain Selangor.

"Saya sangat gembira untuk kekal bersama Selangor. Pasukan ini telah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga saya dan saya gembira untuk bersama Selangor," kata Ifedayo.

"Terdapat beberapa pasukan telah memberikan tawaran kepada ejen saya namun buat masa ini, saya gembira bersama Selangor. Saya telah memilih untuk kekal di sini."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen