Mamee kekal penaja utama Melaka United

Oleh Staff Writer 30 November 2016 83
Mamee kekal penaja utama Melaka United
Mamee-Double Decker (M) Berhad (Mamee) kekal sebagai penaja utama pasukan Melaka United.

Ahli Lembaga Pengarah Mamee, Datuk Gary Choo, baru baru ini bercadang untuk menarik diri sebagai penaja utama pasukan itu, berikutan ada beberapa pihak yang berminat untuk mengambil alih penajaan.

Namun, Presiden Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron, menegaskan mahu mengekalkan syarikat berkenaan sebagai penaja utama.

“Susah senang kami bersama. Kami harap pihak Mamee juga begitu dan tidak menarik diri.

"Saya tidak akan lupakan penajaan Mamee. Mereka telah menaja sehingga kami berjaya ke Liga Super 2017," katanya ketika ditemui.

Idris tidak berminat untuk menerima tawaran daripada pihak lain selepas melihat jasa pihak Mamee yang cukup besar terhadap skuad Hang Tuah.

Syarikat berkenaan sebelum ini turut menaja pasukan Melaka melawat kelab Manchester United di Old Trafford sebagai hadiah kejayaan pasukan itu layak ke Liga Super.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen