Majlis makan malam rai kejayaan Tambadau, bekas pemain

Oleh Willie Jude 26 November 2019 430
Majlis makan malam rai kejayaan Tambadau, bekas pemain
Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) akan mengadakan majlis makan malam amal bagi meraikan kejayaan skuad Tambadau itu menjuarai Liga Perdana musim ini, esok. 

Selain itu, majlis berkenaan akan turut meraikan bekas-bekas pemain serta jurulatih yang pernah mencurahkan bakti untuk memartabatkan sukan bola sepak di Sabah. 

Pengerusi jawatankuasa majlis itu, Datuk Juil Nuatim, yang juga timbalan presiden SAFA berkata pemain skuad Tambadau juga akan menerima insentif di atas kejayaan mereka.

"SAFA akan menyampaikan cendera kenangan kepada beberapa bekas pemain dan jurulatih Sabah yang telah memberikan sumbangan untuk memartabatkan sukan bola sepak negeri ini.

"Pemberian cendera kenangan kepada bekas pemain dan jurulatih itu akan dibuat dalam majlis Jasamu Dikenang," katanya. 

Tambahnya, majlis itu turut bertujuan mengutip dana bagi mengisi tabung persatuan itu.

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen