Liga Super terima suntikan dana CIMB 

Oleh Staff Writer 10 Februari 2020 337
 Liga Super terima suntikan dana CIMB 
Saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 bertambah rancak apabila syarikat perbankan, Kumpulan CIMB, tampil berkolaborasi dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebagai penaja utama bagi saingan liga elit tempatan.

Selepas Telekom Malaysia (TM), kini giliran CIMB menandatangani perjanjian penajaan dengan MFL untuk saingan Liga Super dan perlawanan pembuka tirai, Piala Sumbangsih.

Buat julung kalinya, CIMB menjadi penaja Liga-M dan menerusi penglibatan itu, CIMB komited untuk menyemarakkan lagi keghairahan peminat bola sepak tanah air.

"Ini adalah satu pencapaian buat CIMB dan MFL dalam membantu kami mengangkat martabat bola sepak tempatan. 

"Berapa sekalipun jumlah yang diberikan CIMB, ia baik untuk MFL, bola sepak dan semua rakan kongsi," kata Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin, dalam majlis pengumuman penajaan itu di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, seperti perjanjian penajaan dengan TM, jumlah penajaan daripada CIMB untuk tempoh dua tahun, juga tidak diumumkan.

"Kami berbangga untuk mengumumkan kerjasama dengan MFL," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. 

Turut hadir dalam majlis pelancaran penajaan berkenaan adalah beberapa pemain tempatan seperti Safee Sali, Brendan Gan, Khairul Amri Mohammad Kamal dan Aiman Khalidi.




Editor: Shaiful Shamsudin 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen