Liga Super akan rindui Felda -- Sathianathan

Oleh Penulis Jemputan 4 Disember 2017 458
Liga Super akan rindui Felda -- Sathianathan
“Liga Super akan merindui kami,” itu reaksi jurulatih Felda United, B. Sathianathan, terhadap keputusan menurunkan mereka bersaing dalam Liga Perdana musim depan gara-gara kegagalan memperoleh lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sedikit reaksi kesedihan terpancar di wajah Sathianathan menerima berita berkenaan, namun dia menerimanya dengan hati terbuka.

Jelasnya, pentas Liga Super akan hambar tanpa penyertaan pasukan sekuat Felda United yang mampu muncul pencabar kejuaraan.

Sembilan kemenangan yang dilakar dalam pusingan kedua Liga Super musim ini sudah cukup mencerminkan Felda mampu memberi saingan hebat jika mereka diberi peluang bersaing
dalam Liga Super.

“Kami berasa sedih dengan berita ini tetapi saya tetap berbangga dengan pencapaian pasukan ini. Liga Super akan merindui kehadiran Felda United yang sentiasa memberikan saingan kepada pasukan lawan,” katanya.

Menurut Sathianathan, beliau akan kekal membimbing Felda walaupun terpaksa bermain dalam Liga Perdana.

Malah, pentas Liga Perdana bukanlah asing buat dirinya selepas pernah membimbing Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lima tahun lalu.

“Sasaran kami adalah menjuarai Liga Perdana dan memberikan tentangan sengit dalam saingan Piala Malaysia dan Piala FA,” tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen