Latiff gembira barisi skuad bimbingan Sathianathan

Oleh Penulis Jemputan 18 Disember 2018 3144
Latiff gembira barisi skuad bimbingan Sathianathan
Impian bekas tonggak Terengganu FC, Abdul Latiff Suhaimi, untuk beraksi di bawah kendalian jurulatih Selangor, B. Sathianathan, tercapai selepas menandatangani kontrak bersama skuad The Red Giants.

Tegas dan profesional menjadi antara faktor utama buat Latiff mengimpikan berada di bawah bimbingan Sathianathan selain berasa selesa dengan jurulatih itu.

Latiff akur The Red Giants dibarisi pemain-pemain hebat dan untuk mendapatkan slot kesebelasan utama, dia berazam memberi komitmen tinggi demi kejayaan pasukan. 

Dalam masa sama, dia meletakkan sasaran tinggi untuk membantu jurulatih berpengalaman itu menaikkan prestasi skuad Selangor.

"Faktor utama saya ke Selangor adalah apabila mendapat tahu Sathianathan akan mengendalikan pasukan. Saya pernah beraksi bersamanya dan syukur dapat berada di bawah bimbingannya sekali lagi.

"Saya rasa saya selesa dengannya dan semua tahu dia seorang yang tegas dan profesional," kata Latiff.

Sementara itu, bekas pemain PKNS FC, Nurridzuan Abu Hassan, menjadikan Selangor sebagai langkah untuknya memperbaiki prestasi yang merudum selepas sering dihantui masalah kecederaan sebelum ini.

"Sebelum ini saya di PKNS dan sekarang ke Selangor. Saya mahu cuba dapatkan semula sentuhan kerana prestasi saya semakin menurun," ujar Nurridzuan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen