Kekalahan kedua berturut-turut Lang Merah selaku juara Piala FA 2019 memberi tamparan hebat kepada Aidil Sharin Sahak yang jelas sekali berdepan skrip berbeza musim ini.

Namun, pengendali dari Singapura itu enggan cepat melatah dengan menyalahkan pemainnya walaupun barisan pertahanannya beraksi longlai yang menjadi punca utama kekalahan 3-4 kepada Terengganu di Stadium Darulaman, malam tadi.

"Saingan (musim ini) masih panjang, kami tidak boleh berputus asa kerana pemain-pemain telah beraksi dengan baik pada awal permainan tetapi longgar pada pertengahan sehingga menuju tamat perlawanan.

"Apa sahaja boleh berlaku, kami telah menyaksikannya.

"Kami harus mengakui tidak beraksi dengan baik memandangkan belum mengutip sebarang mata.

"Kami harus bangkit untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan berikutnya, kemudian keyakinan kami akan pulih," katanya.