“Tentu sekali kami ingin melihat Melaka United terus bangkit," kata pengurusnya, Datuk Wira Yusoff Mahadi

"Liga Super adalah satu pentas yang berbeza dengan Liga Perdana, sebab itulah kami perlu mengkaji kesemua barisan kejurulatihan dan pemain," jelasnya berkenaan isu kontrak jurulatih dan pemain tidak diperbaharui.

Yusof berkata, seharusnya isu “tidak kenang budi” tidak sepatutnya timbul kerana pemain dibayar gaji untuk berkhidmat untuk skuad Hang Tuah dan mereka bekerja untuk Melaka United.

Menurutnya, kesemua kontrak akan dikaji dan sekiranya pihak pengurusan beranggapan mereka masih boleh membantu mengharungi badai Liga Super 2017, sudah semestinya pihak pengurusan akan memperbaharui kontrak mereka.

Tambahnya lagi, sekarang ini bergantung kepada pihak pengurusan yang menentukan barisan pemain dan kejurulatihan untuk musim Liga Super 2017.