Konate bakal sertai Terengganu, Nafuzi pilih pendekatan tunggu dan lihat

Oleh Ammar Hakim 7 Januari 2021 5211
Konate bakal sertai Terengganu, Nafuzi pilih pendekatan tunggu dan lihat
Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, masih berteka-teki dengan slot terakhir pemain import mereka walaupun nama Makan Konate disebut-sebut bakal menyarung jersi hitam putih musim ini.

Ia hanya akan diumumkan dalam masa terdekat, Konate nama yang dicanang bakal menyempurnakan slot kuota import Terengganu musim ini.

Namun Nafuzi mahu ia kekal menjadi tanda tanya dan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat pengumuman dalam masa terdekat.

"Buat masa ini, kita perlu tunggu dan lihat, jika tidak Konate, mungkin pemain lain akan menyertai Terengganu," kata Nafuzi.

Kehadiran Konate dianggap relevan, kerana pasangannya ketika di Persebaya Surabaya musim lalu iaitu, David da Silva kini sudah memulakan latihan bersama dengan Terengganu ketika ini.

"Dominique Da Sylva telah memberikan aksi terbaik untuk Terengganu musim lalu, dia akan bersama kami dan telah digantikan dengna David da Silva, seorang pemain yang berpengaruh bersama pasukan-pasukannya sebelum ini."

Jika ia berlaku, gandingan itu sekali lagi akan diuji, bezanya kali ini dalam pentas Liga Malaysia.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen