Ketiadaan Safawi tidak gugat misi tiga mata JDT -- Mora

Oleh Ammar Hakim 28 Ogos 2020 4041
Ketiadaan Safawi tidak gugat misi tiga mata JDT -- Mora
Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora tidak mahu isu keberangkatan Safawi Rasid ke Portimonense S.C. menggugat misi tiga mata berdepan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Jelas sekali kelibat Safawi amat penting untuk buat Pahang tersungkur malam ini dan Mora menjelaskan kekuatan pasukan tertumpu kepada setiap pemain yang berada di atas padang.

"Kami menjangkakan perlawanan yang sukar, ujian yang buat kami dan saingan Liga Super telah lama tergendala ekoran Covid-19. Namun kami akan cuba memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini dan meraih tiga mata," kata Mora.

Ditanya berkenaan kehadiran pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh, ke JDT, Mora pilih untuk kunci mulut.

"Kami masih belum mendengar sebarang berita daripada kelab. Kami menerima kehadirannya dengan tangan terbuka dan jika Sumareh tidak bersama kami, saya berharap dia akan menyertai pasukan yang berkualiti. Dia seorang pemain yang sentiasa menghadirkan ancaman buat mana-mana pasukan lawan."

Sementara itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui tertekan dengan keadaan Pahang yang dianggap tempang ketika ini.

Namun misi untuk mematahkan hasrat JDT tetap keutamaan Tok Gajah malam ini.

"Jika diikutkan prestasi pasukan, JDT adalah pasukan yang lebih bersedia namun bola sepak apa-apa sahaja boleh berlaku. Namun saya percaya Pahang dibekalkan dengan beraksi di laman sendiri dan akan cuba berusaha untuk menghalang JDT dalam perlawanan ini," kata Dollah.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen