Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, melabel kemenangan malam tadi bukan sekadar nasib gara-gara jaringan yang hanya berpunca daripada kekeliruan pertahanan dan penjaga gol Terengganu.

Dia menegaskan situasi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu memihak kepada Harimau Selatan kerana mereka menjadikan peluang yang terhidang berkenaan menjadi mudah dan kelebihan tersebut segera disempurnakan pemain kelahiran Dungun, Safawi Rasid, pada minit-5.

"Gol tetap gol. Kami sendiri yang mencipta jaringan itu.

"Kami bertindak dengan baik dalam membuat tekanan yang mendorong Terengganu untuk membuat kesilapan.

"Kami mengambil situasi itu. Saya tidak kisah bagaimana kami dapat menyumbat gol sama ada menggunakan kaki, rambut mahupun buntut sekalipun," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.

Kecewa Nafuzi begitu jelas.

Namun, hakikat perlu terima Sang Penyu hakikat bahawa kelebihan tiga mata bukan milik mereka berikutan kesilapan pemainnya pada babak awal.

Walaupun ada usaha untuk tuan rumah mengikat kedudukan tetapi ia masih gagal mengubah takdir.

"Saya tidak salahkan sesiapa.

"Ia berpunca daripada salah faham di antara pertahanan dan penjaga gol.

"Dalam masa bola sepak, sedikit kesilapan boleh mengundang hukuman.

"Bukannya mudah untuk mencipta peluang, apatah lagi mendapatkan gol ketika berdepan pasukan seperti JDT.

"Kami langsung tidak diberi ruang," kata bekas pemain kebangsaan itu.