Kes COVID-19 landa PJ City terkawal 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Januari 2021 144
 Kes COVID-19 landa PJ City terkawal 
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerima tamparan menjelang musim baru Liga Malaysia (Liga-M) apabila Petaling City (PJ) FC menjadi mangsa terbaru COVID-19.

Kes positif pasukan itu membabitkan enam pemain dan dua jurulatih, perkembangan tersebut secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan terhadap status Liga-M 2021. 

"Ia berlaku pada 25 Disember lalu selepas seorang jurulatih didapati positif COVID-19. 

"29 Disember, dilakukan ujian calitan kepada semua pemain dan pegawai.

"Selepas itu kes berkenaan didapati melibatkan dua jurulatih dan enam pemain lagi, mereka telah dimasukkan ke wad sementara dua lagi dikuarantin di rumah. 

"Mereka sudah didapati negatif dan dibenarkan keluar dari hospital kecuali seorang.

"PJ City dinasihati agar menghentikan segala aktiviti mereka sehingga Isnin lalu.

"Apa yang penting, kita mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kami tidak mahu mengisytiharkan kes COVID-19 yang membabitkan mana-mana pasukan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ghani Hassan, kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

 

We are happy to welcome our new Phoenixes to the team for the upcoming 2021 season!🎉🎉🎉 1. Ahmad Khairil Anuar 2. Faiz...

Posted by PJ City FC on Monday, December 14, 2020


PJ City merupakan pasukan kedua yang menjadi mangsa pandemik itu selepas Kuching City.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen