Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib yang menimpa bekas pemain Melaka United, Aizulridzwan Razali, apabila mengalami kemalangan motosikal yang hampir meragut nyawanya.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas pemain pertahanan berusia 34 tahun berkenaan digugurkan daripada skuad Sang Kancil musim depan.

Aizulrdizwan terlantar di Hospital Pantai Cheras ekoran kemalangan yang menyebabkannya menerima jahitan di kepala, dagu dan kaki.

"Keadaan saya laju ketika itu kerana saya sedang menuruni bukit sebelum masuk ke longkang.

"Perkara pertama yang isteri tanya ialah bagaimana saya akan bermain bola.

"Selepas doktor menjalani pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan, Alhamdulilah keadaan saya tidak apa-apa," katanya ketika dilawati wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.


Sekitar Sidang Media Khas MUSA yang disampaikan oleh Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi di Bilik...

Posted by Melaka United Soccer Association - MUSA on Friday, December 4, 2020


Meskipun tidak mengalami kecederaan parah, kemalangan itu pastinya meninggalkan kesan trauma dalam kehidupannya.

Namun, Aizulridzwan menganggap kariernya belum berakhir sambil mengharapkan ada pasukan menagih khidmatnya musim depan.

"Saya sudah biasa dijahit (ditimpa kecederaan) jadi saya boleh lawan.

"Buat masa ini Saya masih mencari pasukan yang boleh disertai.

"Saya ada dapat tawaran daripada pasukan."