Kedah kekal rentak kemenangan lonjak tangga kedua

Oleh Shaiful Shamsudin 12 September 2020 166
Kedah kekal rentak kemenangan lonjak tangga kedua
FELDA UNITED 1 KEDAH 2 

Hadin Azman kembali menghantui Felda United untuk membantu Kedah melonjak ke tangga kedua Liga Super. 


Kemenangan 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak itu sebentar tadi memastikan Lang Merah meneruskan rentetan kemenangan keempat sejak saingan kembali bersambung, hujung bulan lalu. 

Kedua-dua pasukan cuba menyusun gerakan dalam babak awal tetapi kebanyakannya gagal mengancam pintu gol lawan, khususnya tampanan Amin Adam Lazarte Nazari -- yang menyambut sepakan percuma Baddrol Bakhtiar -- tetapi menuju tepat ke penjaga gol lawan. 

Kelebihan skuad tuan rumah bimbingan Nidzam Jamil itu -- menerusi tandukan Syahmi Zamri -- seminit sebelum menuju rehat hanya bertahan dua minit sejurus keluar dari bilik persalinan. 

Tchetche Kipre menerpa lambungan Rizal Ghazali untuk gol penyamaan 1-1. 

 

📸 AKSI PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER - LS7 TERENGGANU FC 0-1 JOHOR DARUL TA'ZIM PERAK 1-0 UITM FC SELANGOR 1-1...

Posted by Malaysian Football League on Saturday, September 12, 2020


Muhamin Muhammad terus diasak bertali arus tetapi tembok kecemerlangannya akhirnya roboh lagi menerusi ledakan bekas ketua pasukan, Hadin, untuk gol kemenangan pada minit ke-66. 

Juara Piala FA 2019 itu kemudian terpaksa mematahkan beberapa usaha terakhir lawan namun berhasil meninggalkan stadium dengan mata penuh. 

Keputusan penuh 


Liga Super:

PAHANG 2 PDRM 1

PJ CITY 1 SABAH 1

Liga Perdana:

KELANTAN 1 PERAK II 0

NEGERI SEMBILAN  2 SELANGOR II 1

JOHOR DARUL TA'ZIM II 1 PULAU PINANG 2

KUALA LUMPUR 4 TERENGGANU II 1

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen